Pameran hantu
Published Tuesday, July 18, 2006 by Mustakim Noranita | E-mail this post
La ni tengah ada pameran hantu kat Muzium Alam Shah, Shah Alam. Pameran antu tu mula 4 Julai sampai 4 Oktober tahun ni la. ari Ahad baru ni aku dengan Nita dan sorang lagi sepupu kami pi la kat muzium tu. Kunun nak tengok antu la. Tapi bila nak sampai ja kat muzium tu jalan dah mula sesak. Nak cari parking pulak bukan main susah. Tp endingnya dapat parking jugak la.
Nak masuk tengok antu ni kena beli tiket RM5. Amboi2 depa ni, antu tu dah le dapat free ja, bukannya kena buat pun. Senang2 ja depa buat duit. Tp kan, aku rasa itu la taktik baru toyol curik duit (kan toyol pun ada juga dalam muzium tu). Kalu dalam cerita cina dia sebut membersihkan wang haram. Maknanya, amik duit cara baik la.
Berbalik kpd cerita aku tadi, nak beli tiket pulak bukan main susah. Beratur sampai dekat 1km. Bersesak-sesak, bukannya jadi satu line tp dah jadi 3 line. So kami p tanya kat kaunter. Abang tu kata tak payah masuk la, baik masuk tengok pameran purbakala ja. Free. Kalu nak tengok antu juga kena mai beli tiket ari kerja. Ari minggu p terus leh masuk (tiket bulih pakai bila2 masa). Lepas tengok pameran purba tu, terus cau balik pekena ais kacang. Kecewa juga tak dapat masuk. Tp Mat Pat kata 2 orang kawan dia kena rasuk lepas tengok pameran tu.
Tp kan, baru2 ni Haron Din kata antu2 kat pameran tu diragui kesahihannya. Entah.
0 Responses to “Pameran hantu”
Leave a Reply