akibat dadah
Published Thursday, May 25, 2006 by Mustakim Noranita | E-mail this post
Cerita ni berlaku di kg kami di trg……..kisahnya tentang mamat yang umahnya selang dua tiga buah rumah aje dari umah kami. Mamat ni dulu ok tapi sekarang dah tak betul akibat dadah punya angkara.Satu hari ada la 2 org makcik ni dalam lingkungan umur 50-an pergi la solat subuh kat masjid. Biasa le…dia orang pergi sebelum azan subuh….tok bilai ngan tok imam pun tak sampai lagi…Tanpa disangka-sangka datang la mamat yang tak berapa betul ni dengan pisau di tangan mengamuk dan menuju ke arah 2 mak cik ni, mak cik-mak cik ni yang dalam ketakutan lari menyelamatkan diri dan naik ke atas tingkat 5 menara masjid sambil menangis2.Ye la sape tak takut, orang gila kejar dgn pisau silap hari bulan jd allahyarhamah la jawabnya.
Yang lucunya..cuba bayangkan dua orang mak cik yang sudah agak berumur dengan memakai telekong sembahyang dapat lari ngan laju naik tangga menara masjid (tangganya kecik aje..cam tangga korang guna baiki lampu tu) sampai tingkat lima lak tu..nasib baik la, ketika adegan kejar-mengejar tu berlaku bilai dan beberapa orang jemaah dah sampai dan cuba memujuk mamat yang dah naik hantu ni….nasib baik la termakan pujuk…lepas peristiwa tu, lama juga la 2 makcik tu tak mai masjid. Selain dari trauma dari kejadian tu….mereka sebenarnya sakit lutut….yelah sampai tingkat lima mereka naik….masa takut semua boleh jadi. Moral dari cerita ni ialah jauhi la dadah…dadah boleh buat kita sengsara, bukan sahaja menyusahkan hidup kita, keluarga kita tetapi turut menyusahkan hidup orang lain.
0 Responses to “akibat dadah”
Leave a Reply