3 hari 2 malam


E-mail this post



Remember me (?)



All personal information that you provide here will be governed by the Privacy Policy of Blogger.com. More...



Eh, korang jangan tak ambik kisah kalu kena demam. Bukan apa baru ni aku pun demam gak tp demam ni memanjang. Tak kebah2. Dah mcm2 jenis ubat aku telan tapi tak lega juga. Aku pun heran apsal demam kali ni lain macam sikit. Dah la lama, pastu jd macam tak larat satu macam. Pegi klinik panel dia cuma bagi ubat demam biasa ja. Tp dia pun cek badan aku tp mungkin masa tu takdak tanda2 denggi lagi. Bila dah masuk hari ke 6 tak kebah juga demam ni aku pun p spital. Dipendekkan cerita, aku kena tahan 3 hari 2 malam. Rasa cam rancangan 3 hari 2 malam kat TV9. Kena masuk air 5 botoi. Tp nasib baik aku dah bulih keluar wad hari ke 3. Sebab hari tu adalah kemuncak kesabaran aku dok kat wad. Kalu kena tahan sehari lagi mungkin kena pindah wad. Wad gila. Sebab apa? Sebab kat wad tu macam2 perangai pesakit yang buat aku tak tahan. Selain kena masuk wad gila mungkin juga berlaku tragedi pembunuhan.
Kalu hampa suma demam dan ada tanda2 cam kat bawah ni pi la cepat periksa.
1. Demam Denggi Klasikal

Tanda-tanda demam denggi ini bergantung kepada usia pengidap tersebut. Pada bayi atau kanak-kanak ciri utama ialah ruam yang disertai oleh demam panas. bagi orang dewasa dan remaja pula demam kuat yang muncul dengan tiba-tiba yang berlangsung selama 2-7 hari, sakit kepala, sakit di belakang mata, sakit otot dan sendi yang diikuti oleh ruam yang timbul pada hari ke3-4. Bintik-bintik merah di bawah kulit juga boleh didapati. Cirit birit, rasa nak muntah dan hilang selera makan.
Penemuan makmal: Jumlah leukosit dan platlet dalam darah menurun.
2. Demam Denggi Berdarah
Demam denggi berdarah mempunyai 4 ciri klinikal yang utama seperti demam yang sangat panas, perdarahan, pembesaran hati dan kegagalan sistem peredaran darah.
Perdarahan yang berlaku adalah seperti bintik-bintik merah di bawah kulit, perdarahan hidung, gusi, darah dalam najis(najis berwarna hitam), kencing berdarah dan kadang kala mendapat haid yang berlebihan.
Pembesaran hati terjadi pada peringkat awal penyakit. Pembesaran hati ini boleh mencapai 2-4cm di bawah tulang rusuk kanan.
Kegagalan atau gangguan peredaran ditunjukkan melalui tanda-tanda seperti kesejukan dan kongesti kulit, kebiruan dan peningkatan kadar nadi. Mereka juga kelihatan resah dan lemah dan kemudian dengan cepat mengalami renjatan atau sawan. Keadaan ini juga dipanggil sebagai 'Dengue Shock Syndrome'(DSS).
Penemuan makmal: Thrombositopenia yang disertai dengan hemokonsentrasi yang ditunjukkan oleh peningkatan nilai hematokrit.


1 Responses to “3 hari 2 malam”

  1. Anonymous Anonymous 

    Aku kena bertindak la.. malam ni nak p beli ubat nyamok pembunuh pontianak air jernih...

Leave a Reply

      Convert to boldConvert to italicConvert to link

 






Pautan

Previous posts

Arkib

ATOM 0.3

Powered by Blogger

Innovation delivered



bukan sekadar jiwang... is powered by Blogspot
Original design by Gecko & Fly modified by AQPtech
No part of the content or the blog may be reproduced without prior written permission.