Kostum baru Superman

0 comments







Kisah benar IRC

0 comments

Shahirah menunggu seperti biasa. Lazimnya, dia akan bertemu dengan Hazlan tepat jam 12 malam dalam irc[chatting]. Itulah kawan baiknya sejak dia mengenali dunia chatting di IRC. Pada mulanya dia memang kurang mempercayai pengunjung-pengunjung IRC kerana mereka boleh menyamar bila-bila masa tetapi Hazlan lain pula.
Dia memang jujur dan berterus-terang dalam banyak hal. Lagipun, mereka belum pernah bertemu cuma kerap bercakap melalui telefon sekiranya tidak berpeluang bertemu di IRC.
Namun, malam ini berbeza, Hazlan tidak muncul. Dia sering menggunakan nama 'hensemboy' manakala Shahirah pula menggunakan nama 'nurheart'. Namun, malam ini nama tersebut tidak muncul. Shahirah kecewa kerana Hazlanmungkir janji mahu bertemu dengannya di IRC.
Shahirah meninggalkan kafe siber itu dengan hati yang sedih. Selang beberapa malam, Shahirah kembali mengunjungi IRC. Hajat utamanya ialah mahu mencari Hazlan kerana sudah beberapa hari Hazlan tidak pernah menghubunginya jauh sekali memohon maaf kerana gagal memenuhi janjinya beberapa malam lepas.
Hampir sejam Shahirah berbual dengan rakan-rakannya yang lain, pada mereka juga Shahirah bertanya mengenai Hazlan namun mereka mengatakan sudah lama Hazlan tidak masuk IRC.
Apabila hampir jam 12.30 tengah malam, nama samaran 'hensemboy' muncul.
Shahirah tanpa membuang masa terus menegur Hazlan.
nurheart : Lan...
hensemboy : Ira...maaf saya tak dapat masuk malam itu.
nurheart : Awak ke mana? Kenapa tak call saya?
hensemboy : Maaf...saya tak sempat menghubungi awak. Maaf...
nurheart : Tak kisahlah. Awak sihat?
Pertanyaan Shahirah tergantung di situ. Hazlan tidak menjawab pertanyaannya dan tiba-tiba senyap. Shahirah menunggu dengan sabar namun tetap Hazlan tidak menjawab pertanyaan dan panggilan Shahirah. Dengan rasa sedih Shahirah meninggalkan IRC dan pulang dengan perasaan hampa.
"Kenapa dengan kau ni, Ira?" tanya Samirah, kawan baiknya sewaktu Shahirah melangkah lemah ke biliknya malam itu. "Aku tak faham betul. Kenapa Hazlan dingin dengan aku? Apa yang telah aku lakukan terhadap dia?
"Jangan percaya sangat dengan pengunjung IRC tu. Mereka boleh menyamar bila-bila masa saja.
Aku dah kata jangan terlalu rapat nanti kau kecewa,"kata Samirah. "Aku berbual dengan dia malam ini tapi dia tiba-tiba hilang. Aku risaulah dengan dia, Sam," katanya sambil memegang tangan Samirah. Samirah mendiamkan diri seketika.
Sejurus itu dia menyarankan agar Shahirah menelefon rumah Hazlan. Itu mungkin boleh melegakan perasaannya yang gundah kerana sikap pelik Hazlan.
Shahirah bersetuju dengan pendapat Samirah. Dia akan menghubungi Hazlan esok selepas dia pulang dari kelas malam.
Pada malam esok selepas tamat kelas malamnya, Shahirah telah singgah ke Kafe siber. Hajat hatinya mahu berbual dengan Hazlan sekiranya dia masuk IRC malam ini. Sekurang-kurangnya dia dapat bertemu dengan Hazlan sebelum dia menghubungi rumahnya malam ini. Hajat Shahirah tercapai apabila Hazlan masuk IRC.
Shahirah tersenyum gembira apabila Hazlan telah menegurnya.
hensemboy : Ira...awak marah saya ke?
nurheart : Siapalah saya mahu marah awak, Lan. Kenapa awak macam mahu tidak mahu berbual dengan saya?
hensemboy : Saya bukan lagi seperti dulu, Ira. Tapi, perasaan saya masih sama terhadap awak. Saya sedih nanti kita tidak dapat berbual lagi seperti dulu.
nurheart : Kenapa?
hensemboy : Saya kemalangan malam yang saya berjanji masuk IRC mahu bertemu dengan awak, ingat?
nurheart : Awak teruk ke?
hensemboy : Saya cedera parah. Teruk sangat sampai....saya hilang darah yang banyak...saya tercampak di dalam semak dan saya cuba cari jalan keluar. Dengan rasa sakit yang amat sangat, saya tertinggal di tepi semak batu 6.
nurheart : Siapa yang membantu awak? Sekarang awak di mana?
hensemboy : Tidak ada siapa. Saya masih di sini...menanti orang membantu saya.
nurheart : Maksud awak?
hensemboy : Saya sudah meninggal dunia, Ira. Tolonglah cari mayat saya. Sempurnakan saya, Ira. Tolonglah.
Shahirah tersentak dan lantas meninggalkan komputernya dengan rasa takut yang amat sangat. Dia berlari menuju ke pondok telefon berdekatan dan menghubungi rumah Hazlan. Memang Hazlan seorang yang suka bergurau tetapi gurauannya malam ini memang menyeramkan Terdengar deringan telefon dan satu suara wanita menjawabnya.
Apabila ditanya, dia merupakan kakak Hazlan. Setelah memperkenalkan dirinya, dengan lembut Shahirah bertanya mengenai Hazlan. Tiba-tiba suara wanita itu menangis. Katanya, sudah empat hari Hazlan tidak pulang ke rumah.
Laporan polis sudah dibuat namun masih belum ditemui. Dengan suara yang bergetar, Shahirah berkata kepada kakak Hazlan supaya mencari Hazlan di dalam semak Batu 6. Tanpa menunggu lama, Shahirah terus meletak gagang. Airmatanya mencurah-curah bercampur sedih dan takut.
Keesokan harinya, kisah Hazlan muncul di muka depan akhbar. Mayat seorang siswa berumur 25 tahun ditemui di dalam semak kawasan Batu 6 dalam keadaan cedera parah dan mulai busuk. Motor yang ditunggangnya tercampak ke dalam gaung. Kemalangan itu ditafsir sebagai langgar lari. Shahirah melipat akhbar tersebut. Dia berjanji tidak akan mengunjungi IRC lagi. Dalam diam dia mengakui Hazlan memang menyayanginya kerana dalam keadaan begitu dia masih cuba mahu berbual dengannya walaupun dengan memberitahu berita yang sedih bahawa dia sudah tiada lagi.
p/s: Cerita ini benar dan kawan saya (Sungai Besar, Selangor) masih lagi simpan LOG file perbualan dengan siMATI sekitar 1999...."Kita doakan agar ROH nya ditempatkan bersama2 orang beriman......AMIN"

Dipetik dari sumber tak diketahui....





Pameran hantu

0 comments

La ni tengah ada pameran hantu kat Muzium Alam Shah, Shah Alam. Pameran antu tu mula 4 Julai sampai 4 Oktober tahun ni la. ari Ahad baru ni aku dengan Nita dan sorang lagi sepupu kami pi la kat muzium tu. Kunun nak tengok antu la. Tapi bila nak sampai ja kat muzium tu jalan dah mula sesak. Nak cari parking pulak bukan main susah. Tp endingnya dapat parking jugak la.
Nak masuk tengok antu ni kena beli tiket RM5. Amboi2 depa ni, antu tu dah le dapat free ja, bukannya kena buat pun. Senang2 ja depa buat duit. Tp kan, aku rasa itu la taktik baru toyol curik duit (kan toyol pun ada juga dalam muzium tu). Kalu dalam cerita cina dia sebut membersihkan wang haram. Maknanya, amik duit cara baik la.
Berbalik kpd cerita aku tadi, nak beli tiket pulak bukan main susah. Beratur sampai dekat 1km. Bersesak-sesak, bukannya jadi satu line tp dah jadi 3 line. So kami p tanya kat kaunter. Abang tu kata tak payah masuk la, baik masuk tengok pameran purbakala ja. Free. Kalu nak tengok antu juga kena mai beli tiket ari kerja. Ari minggu p terus leh masuk (tiket bulih pakai bila2 masa). Lepas tengok pameran purba tu, terus cau balik pekena ais kacang. Kecewa juga tak dapat masuk. Tp Mat Pat kata 2 orang kawan dia kena rasuk lepas tengok pameran tu.
Tp kan, baru2 ni Haron Din kata antu2 kat pameran tu diragui kesahihannya. Entah.





15 kebaikan sujud

0 comments

Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling menggalakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Percaya atau tidak, berikut adalah hikmah yang diperoleh daripada perbuatan bersujud ketika sembahyang.

1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada
tempat asalnya.
2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
3. Melegakan sakit hernia.
4.Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
5.Melegakan paru-paru daripada ketegangan.
6. mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
7.kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian
belakang tubuh.
8.Meringankan bahagian pelvis.
9.Memberi dorongan supaya mudah tidur.
10. Menggerakkan otot bahu, dada,leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara semula jadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah.
11. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
12. Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.
13.Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin.organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut.(Convulsions).
14.Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
15. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha pencipta sekali gus mengikis sifat sombong,riak takbur dan sebagainya.

Manakala dari sudut perubatan pula, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.





surat mintak kerja

1 comments

sajer ajer kami masukkan surat ni dalam blog ni...surat ni kami copy dari web tranungkite...lawak betul surat ni...kita pun kena ikut stail ni kut kalu nak senang dapat kerja.


Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar
5 Jalan 3/4
Taman Bukit Indah
68000 Ampang Selangor.
(Rumah pakcik saya)


Tuan Pengurus Besar Kanan
Malaysia Airlines System
21 Sep 2005

Tuan,

Memohon Pekerjaan di Malaysia Airlines System.

Sehubungan dengan perkara diatas, saya Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar no
k/p 831021-10-5889 mahu memohon untuk bekerja disyarikat tuan dalam
bidang teknikal. Ini kerana saya sangat berminat & bersungguh2 sampai
tak boleh tido malam mengingatkan pekerjaan dalam dalam bidang ini.
Walaupun begitu saye mengaku sebab saye mintak kerja disini kerana saya
juga adalah seorang petani anggur. Disebabkan begitu pihak tuan kenalah
ambil saya bekerja disini.

1. Pihak tuan perlu tahu juga bahawasanya bapa saya iaitu ABD GHAFAR
adalah seorang ahli KWSP. Jika pihak tuan tidak mengambil saya bekerja
saya serta merta akan menyuruh bapa saya membekukan
pengeluaran KWSP pihak tuan masa tua nanti. Jika pihak tuan tak nak
susah baiklah ambil saya bekerja disini. Itu saja keotaian saya.

2. Untuk pengetahuan pihak tuan, disini saya akan tampilkan kelayakan
akademik dan pengalaman kerja saya sebelum ini kepada tuan.

3. Akademik Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional 1999-2000
Matapelajaran : (gred)
Bahasa Malaysia 6D
Bahasa Inggeris 6D
Sains 7E
Matematik 6D
Pendidikan Islam 5C
Sejarah 7E
Lukisan geometri 7E
Teknologi air-condition 6D
Kerja bengkel 3B

Sijil Kemahiran Malaysia 2001-2002 (MLVK)
Sijil Kejuruteraan Automotive (Tahap 1&2) dari Institut Latihan
Perindustrian Kementerian Sumber Manusia Malaysia ..

4. Pengalaman kerja
¡P Pembantu mekanik kereta di Yusuf Workshop, Ipoh , Perak
¡P Pembantu mekanik kereta di Dunlop Servitekar di Leboh Ampang, Kuala Lumpur (kedai gemok)
p/s (alignment kat situ tipu)
¡P Staff pejabat di Gesundheit Worldwide di Semabok, Melaka. (pusat serenti)

5. Hanya ini sahaja dapat saya tampilkan kepada pihak tuan.

Diharap dengan kelayakan yang saya ada, permohonan saya untuk bekerja disyarikat tuan dapat dipertimbangkan oleh tuan. Dan saya berasa gembira & seronok & akan belanja satu MAS makan sekiranya diterima bekerja di syarikat tuan dan saya berjanji akan bekerja dengan bersungguh-sungguh
disamping bangun awal dan datang kerja awal.

Saya tak tipu nie. Walaupun saya pernah ponteng skolah dan ditangkap beberapa kali saya akan insaf juga jika saya dapat kerja ini. Saya tidak akan hisap ganja lagi jikalau saya dapat kerja disini.
Sekiranya saya didapati bersalah dalam apa2 juga kesalahan pihak tuan tidak boleh ambil tindakan yg kuat disamping menjentik jari saya sahaja.

Untuk makluman tuan saya sangat kurus jikalau dirotan sekali tulang2 saya akan bersepai dan pihak tuan akan mendapat susah yang amat sangat. Saya juga berjanji tidak akan mencuri skru2 nat2 yg lawa2.jika saya nak mencuri saya akan ambil sahaja dan masuk dalam poket seluar itu tidak dikira mencuri. Saya pun dah penat menulis segala nya bermula & berakhir dgn baik. Jika pihak tuan tidak mengambil saya bekerja hidup pihak tuan akan berakhir dengan bacaan yasin. Dah kunjungan org ramai.

Sekian terima kasih.

Yang benar,



(Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar)
25 Jalan 3/4
Taman Bukit Indah
68000 Ampang
Selangor





HAYATILAH...

0 comments

ADUHAI………..
Setiap WANITA itu dikurniakan ALLAH sifat PEMALU…
Kerana MALU WANITA tahu menjaga kehormatan diri…
Kerana MALU WANITA tahu menilai batas-batas sosialnya….
Kerana MALU juga WANITA gagal diperdaya pujukan nafsunya….

OH WANITA……….
Kini WANITA sudah hilang MALU nya….
Kerana hilang MALU itu terdedah lah aurat nya
Lantas kehomatan dirinya tergadai…
Kerana hilangnya MALU itu……..
WANITA gagal menilai apa itu HALAL dan apa itu HARAM………..
Kerana hilangnya MALU itu……
WANITA LEMAS dan HANYUT dengan tipu daya SYAITAN

ADUHAI…………
Setiap LELAKI juga dikurniakan sifat PEMALU……..
MALU untuk melakukan dosa…..
MALU untuk berpimpin tangan dengan wanita yang masih belum bergelar ISTERI………
LELAKI juga MALU untuk terus leka dengan keindahan dunia….
Dan kerana dengan sifat MALU nya itu jugalah yang dapat menjaga dan mendidik nafsunya….
Serta selalu mengingatkan dirinya dengan kata-kata……
“AKU TAKUT AKAN ALLAH”
MALANGNYA………
LELAKI itu sudah TIADA MALUnya….
Sudah berani mengajak WANITA berbuat perkara mungkar….
Sudah hilang MALUnya dengan lupa akan hukuman ALLAH…
Kerana hilang MALU nya hilanglah tarafnya sebagai KHALIFAH ALLAH…

WAHAI WANITA DAN LELAKI SEKALIAN…….
JANGANLAH ENFGKAU MENZALIMI DIRIMU SENDIRI DENGAN MELETAKKAN MALU ITU BUKAN DI TEMPATNYA……
MALU LAH KAMU DENGAN ALLAH…….
MALU LAH KAMU DENGAN RASULULLAH…
MALU LAH KAMU KERANA LUPA DAN MALAS MEMBACA AL-QURAN…
MALULAH KAMU AKAN DOSA-DOSA YANG PERNAH KAMU LAKUKAN TANPA SEDIKIT PUN RASA TAKUT DAN MALU TERHADAP PENCIPTA DIRIMU……..


SETIAP HARI KITA MENJALINKAN SATU DOSA DENGAN DOSA YANG LAIN,
JUGA KITA MENGIMPIKAN SYURGA YANG SARAT DENGAN NIKMAT NAN LAZAT,
SEDANGKAN KITA TAHU,
BAHAWA ADAM DAN HAWA DIKLUARKAN DARI SYURGA HANYA KERANA SATU DOSA….
KITA TIDAK MAHU MATI SBLM BERTAUBAT………..
TETAPI KITA TAK MAHU BERTAUBAT SEHINGGALAH DATANG SAAT KEMATIAN……





angkara pontianak air jernih

2 comments

Pontianak air jernih tu gelaran kpd nyamuk aedes coz dia ni ibarat pontianak yg suka menghisap darah dan tempat tinggal dia lak kat air jernih....jika sebelum ni takim bagi tau kesengsaraan yg dia hadapi akibat angkara pontianak air jernih ni dari sudut diri dia...ni aku nak citer kepayahan yg aku hadapi angkara si pontianak ni....

Hari mula-mula takim kena demam aku dah naik risau maklumlah hari tu ramai org nak datang umah..tp dah ditakdirkan dia deman aku terpaksa la terima dengan redha...masa tetamu mai dia memang ah tak larat sangat,dengan mata merah menyala,rambut kusut masai dan suhu badan lak leh buat rebus telur..tetamu yg memahami kesakitan takim ni suruh la di p tidur...malamnya aku rasa suhu badan dia makin panas...bimbang gak aku....jam 3 pagi aku kejutkan dia minum air badak..malam tu memang aku tak leh tidur dlm hatimengatakan yg ni bukan deman biasa.

Dipendekan citer bbrap hari deman masih tak kebah lagi...aku mula rasa bimbang....aku check badan dia dan timbul bintik2 merah....perasaan takut mula menguasai diri lantas ku capai tipon dan call kakak aku bertanya dgn lebih lanjut ttg deman denggi....kakak ku suruh p spital coz katanya tanda2 tu deman denggi.

Bermulalah kepayahan yg aku alami apabila takim tahan di wad...ye la nak pandu keta tak pandai so terpaksa la ulang alik ngan bas.takut la jg coz tak pernah naik bas sebelum ni..nak masuk spital lak jauh kena jalan, naik lenguh gak la kaki dan ari pertama tu aku tak jumpa jalan kuar...dah ler camtu turun bas kat umah lak nasib baik tak pitam anjing kat kedai bas tu menyalak kat aku bagai nak luruh jantung .....mcm ler aku nak curi sangat bas buruk tuan dia..sampai umah lak kena tidur sorang2.Dari hari itu aku mula sedar pentingnya mempunyai lesen kereta.

begitu ler rutin harian aku masa takim kat wad.Turun pagi balik senja...penat tapi aku rasa berbangga dpt berbakti kat suami aku...byk pahala aku dpt tuuuu....





3 hari 2 malam

1 comments

Eh, korang jangan tak ambik kisah kalu kena demam. Bukan apa baru ni aku pun demam gak tp demam ni memanjang. Tak kebah2. Dah mcm2 jenis ubat aku telan tapi tak lega juga. Aku pun heran apsal demam kali ni lain macam sikit. Dah la lama, pastu jd macam tak larat satu macam. Pegi klinik panel dia cuma bagi ubat demam biasa ja. Tp dia pun cek badan aku tp mungkin masa tu takdak tanda2 denggi lagi. Bila dah masuk hari ke 6 tak kebah juga demam ni aku pun p spital. Dipendekkan cerita, aku kena tahan 3 hari 2 malam. Rasa cam rancangan 3 hari 2 malam kat TV9. Kena masuk air 5 botoi. Tp nasib baik aku dah bulih keluar wad hari ke 3. Sebab hari tu adalah kemuncak kesabaran aku dok kat wad. Kalu kena tahan sehari lagi mungkin kena pindah wad. Wad gila. Sebab apa? Sebab kat wad tu macam2 perangai pesakit yang buat aku tak tahan. Selain kena masuk wad gila mungkin juga berlaku tragedi pembunuhan.
Kalu hampa suma demam dan ada tanda2 cam kat bawah ni pi la cepat periksa.
1. Demam Denggi Klasikal

Tanda-tanda demam denggi ini bergantung kepada usia pengidap tersebut. Pada bayi atau kanak-kanak ciri utama ialah ruam yang disertai oleh demam panas. bagi orang dewasa dan remaja pula demam kuat yang muncul dengan tiba-tiba yang berlangsung selama 2-7 hari, sakit kepala, sakit di belakang mata, sakit otot dan sendi yang diikuti oleh ruam yang timbul pada hari ke3-4. Bintik-bintik merah di bawah kulit juga boleh didapati. Cirit birit, rasa nak muntah dan hilang selera makan.
Penemuan makmal: Jumlah leukosit dan platlet dalam darah menurun.
2. Demam Denggi Berdarah
Demam denggi berdarah mempunyai 4 ciri klinikal yang utama seperti demam yang sangat panas, perdarahan, pembesaran hati dan kegagalan sistem peredaran darah.
Perdarahan yang berlaku adalah seperti bintik-bintik merah di bawah kulit, perdarahan hidung, gusi, darah dalam najis(najis berwarna hitam), kencing berdarah dan kadang kala mendapat haid yang berlebihan.
Pembesaran hati terjadi pada peringkat awal penyakit. Pembesaran hati ini boleh mencapai 2-4cm di bawah tulang rusuk kanan.
Kegagalan atau gangguan peredaran ditunjukkan melalui tanda-tanda seperti kesejukan dan kongesti kulit, kebiruan dan peningkatan kadar nadi. Mereka juga kelihatan resah dan lemah dan kemudian dengan cepat mengalami renjatan atau sawan. Keadaan ini juga dipanggil sebagai 'Dengue Shock Syndrome'(DSS).
Penemuan makmal: Thrombositopenia yang disertai dengan hemokonsentrasi yang ditunjukkan oleh peningkatan nilai hematokrit.









Pautan

Posting Terdahulu

Arkib

ATOM 0.3

Powered by Blogger

Innovation delivered



bukan sekadar jiwang... is powered by Blogspot
Original design by Gecko & Fly modified by AQPtech
No part of the content or the blog may be reproduced without prior written permission.