Abang telah selamat sampai

0 comments

Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di
KL. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik
hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk
menghantar e-mail kepada isterinya. Malangnya,
dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan
tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus
menghantar e-mail tersebut.

>>>

Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda
baru sampai ke rumahnya selepas pulang
daripada majlis pengebumian suaminya. Janda
tersebut mengambil keputusan untuk menyemak
e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej
daripada saudara-mara dan teman-temannya.
Selepas membaca e-mail pertama itu si janda
tersebut pun pengsan. Anak lelaki janda tersebut
pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati
ibunya terlentang di lantai dan dia pun membaca
mesej di dalam skrin komputer:

To : Isteri kesayanganku

Subject : Abang telah selamat sampai

Date : 16 May 2002

Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan
kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan
komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh
menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja
terutama insan kesayangan kita. Abang telah
selamat sampai dan telah menginap dengan
aman di sini. Abang lihat semuanya telah di
sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari
esok. Semoga berjumpa denganmu nanti,
Sayang. Abang harap perjalananmu ke sini nanti
lebih bermakna seperti apa yang telah Abang
lalui ketika ini.

Iktibar : Jangan salah tulis alamat e-mail ya..!!!





ubat cacing

0 comments

Satu pagi di sebuah sekolah rendah, seorang guru yang begitu dedikasi mengajar anak-anak muridnya tentang betapa bahaya meminum minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan kelas pada hari itu, dia telah mengambil 2 ekor cacing hidup sebagai sampel dan 2 gelas minuman yang masing-masing berisi dengan air mineral dan arak.

Kata guru itu;

"Cuba perhatikan murid-murid... Lihat bagaimana saya akan masukkan cacing ini ke dalam gelas. Tengok betul-betul!! Cacing yang di sebelah kanan, akan saya masukkan ke dalam air mineral.... manakala cacing yang di sebelah kiri saya akan masukkan ke dalam arak..."

Semua mata tertumpu kepada kedua-dua ekor cacing tersebut.

Seperti yang telah dijangka, cacing yang berada di dalam gelas yang berisi air mineral, berenang-renang ke dasar gelas. Manakala cacing yang berada di dalam arak menggeletek, lalu mati.

Si guru tersenyum lebar apabila melihat anak-anak muridnya memberikan sepenuh tumpuan kepada ujikaji tersebut.

"Baiklah murid-murid.... apa yang kamu dapat belajar daripada ujikaji yang cikgu tunjukkan sebentar tadi?"

Dengan penuh yakin anak-anak muridnya menjawab,

"Untuk membunuh cacing di dalam perut...MINUMLAH ARAK!!!"





kenapa org kawin

0 comments

Udin baru berusia 4 tahun. Dia tahu yang minggu depan kakaknya yang sulung akan berkahwin.

"Kakak...kenapa akak mesti kahwin?" Tanya Udin petah.

"Nanti Udin dah besar, Udin tau sendiri la...", jawab Kakak Udin.

Nyata Udin tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut.

Esoknya seperti biasa, Udin akan bertandang ke rumah Harun dan Karim apabila balik dari kelas mengaji Quran. Harun dan Karim merupakan sahabat baik dan mereka menyewa sebuah rumah berhampiran dengan rumah keluarga Udin. Mungkin kerana sama-sama masih teruna, Udin selesa duduk melepak di rumah Harun dan Karim walaupun umur mereka jauh berbeza.

Semasa Udin sampai ke rumah bujang tersebut, Harun dan Karim sedang asyik menonton cerita kegilaan mereka, CSI-Vegas.

"Harun, kau tolong garu belakang aku! Aduh, gatalnya!" Pinta Karim.

"Ah, tak kuasa aku! Tulah! Aku suruh kahwin kau tak nak. Kalau tak, boleh gak bini kau tolong garu belakang." Balas Harun pula.

Udin tiba-tiba berasa amat gembira. Kini dia sudah dapat jawapannya.

"Kakak! Saya dah tahu sebab apa kakak kahwin!" Kata Udin dengan girang.

"Sebab apa?" Tanya Kakak Udin.

"Sebab gatal belakang!" Jawab Udin yakin.

Bapa mereka yang terdengar perbualan Udin dengan kakaknya itu menyampuk,

"Salah nak...sebenarnya gatal depan...."





jam dinding

0 comments

Ada sekali tu seorang Ketua Kampung Orang Asli telah dihadiahkan dengan sebuah jam dinding.
Jam itu dihadiahkan oleh pihak angkatan tentera kerana menolong mereka dalam satu operasi sulit. Jam dinding itu digantung di depan pintu rumah ketua Kampung tersebut.

Ketua Kampung berasa amat bangga apabila anak buahnya dan orang-orang kampung berhampiran datang berduyun semata-mata untuk melihat jam dinding itu. Masyarakat asli menanggap jam yang bergantung itu sebagai barang hiasan kerana mereka pada masa tu tidak tahu bagaimana menggunakan jam untuk melihat waktu.

Suatu hari, anak Ketua Kampung tersebut memberitahunya bahawa jarum jam telah berhenti bergerak. Masa tu punyalah ramai anak buah dia kat halaman rumah sedang melihat jam yang tidak bergerak jarumnya itu. Maka ketua kampung tu pun konon nak tunjuk terror lah lalu dia pun menurunkan jam tersebut dari tempatnya dan membelek-belek jam tersebut depan belakang.

Dia ternampak tempat bateri jam tersebut dan dengan tidak sengaja terkuis bateri itu terkeluar dari tempatnya. Entah macam mana ada pulak bangkai seekor lipas di celah-celah tempat bateri tu.

Dia pun dengan bangganya memberitahu kepada anak-anak buahnya,


"Ooooo...patutlah tak jalan. Drebarnya mati tersepit!!!"









Pautan

Posting Terdahulu

Arkib

ATOM 0.3

Powered by Blogger

Innovation delivered



bukan sekadar jiwang... is powered by Blogspot
Original design by Gecko & Fly modified by AQPtech
No part of the content or the blog may be reproduced without prior written permission.