Misteri kedai tak untung

0 comments

(baca dulu)

Ini adalah kejadian yang betul² berlaku kat Daerah Bentong.. Tokey kedai tersebut sering berkata kepada ku... sejak pengambil alihan business dari datoknya... dia sering tertanya² tentang business yang tidak pernah mendatangkan keuntungan kepadanya... dah banyak bomoh dia berjumpa...siam, indon termasuklah congo.. namun tiada jua keuntungan ke atas business tersebut... tetapi aku dengan rasa kureng puas hati telah pergi ke kedai datoknya itu.. dan hasilnya.... ..ermm.. patutlah tak untung untung...hmmmmm





Penyamun tarbus

1 comments

Masa kami balik Tganu bebaru ni rumah sewa kami dah kena pecah masuk. Kami balik seminggu, jadi tak tau bila penyamun tu masuk. Pada hari kami nak balik KL (Ahad) dalam kul 2 petang gitu tuan umah sewa kol bagitau umah kena pecah masuk. Dia tau penyamun masuk sebab ari tu ada orang datang bersihkan halaman umah kami. Tukang bersih tu la yang nampak dan dia pulak yang repot kat makcik tuan umah. Mak Cik tu repot kat aku, aku lak repot kat polis lerr...
Rupanya dia masuk ikut tingkap sebelah bilik tidur kami. Telitinya penyamun ni ialah semua kesan-kesan pecah umah tu dia clearkan. Macam cermin tingkap yang pecah ke atau yang dia bukak pun dia bawa p sekali. Dia sempat gak sapu duit syiling yang aku simpan dalam almari. Pastu 5 lai baju kemeja aku dia sebat. Baju buruk pun dia sebat daa....
Nasib baik dia tak dapat bukak pintu depan, kalu tak boleh sewa lori mai angkut semua. Tp bukan rumah aku ja yang kena. Masa kami balik kg (menurut cerita tuan umah) rumah sebelah kami pun kena pecah masuk juga. Pastu ada pulak sorang mamat yang parking keta kat tepi jalan, esok pagi mai tengok 4 bijik taya dah hilang.
Kira kawasan umah kami ni banyak juga mat pit. Polis pun buat rondaan kat jalan utama ja. Lorong2 dia tak masuk.
So sekarang ni umah kena tingkatkan keselamatan. Nak balik kena panggil sepupu mai tunggu umah. Tapi kalu nak raya.... sepupu aku pun nak balik kg juga.... uwaaarrrgh.









Pautan

Posting Terdahulu

Arkib

ATOM 0.3

Powered by Blogger

Innovation delivered



bukan sekadar jiwang... is powered by Blogspot
Original design by Gecko & Fly modified by AQPtech
No part of the content or the blog may be reproduced without prior written permission.