Manusia, Malaikat dan Syaitan

0 comments

Untuk renungan : Malaikat, Manusia dan Syaitan

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan
solat subuh...
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...
kejap lagi ye..

Manusia - Nak makan, laparlah
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan
Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !!

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang
menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, lagipun tak ada style
langsung!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai anak Adam, nanti
terlewat untuk ke kuliah

Syaitan - Nak cepat-cepat buat apa? Lambat
lagi... baru pukul 8.30am...


Manusia - Azan sudah kedengaran...
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah
menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa... . rilex lah..

Manusia - Eh, eh... .tak boleh tengok ini,
berdosa...

Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah
pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak
tengok..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain
orang. .

Manusia - Elok kalau akuu sampaikan nasihat ini
kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-
menasihatilah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat
apa sesusah.

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, kamu telah berdosa,
tinggalkanlah dosa itu dan bertaubatlah,

sesungguhnya Allah Maha Pengampun..
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh
bertaubat (kalau sempat).
.

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin
melangkah ke jalan yang dimurkai Allah,
berpalinglah dari jalan itu ..
Syaitan - Jangan bimbang, tak ada sesiapa yang
tahu...

Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan
RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat
untukmu.
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,
kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan di
akhirat (jangan mimpilah!) untukmu...





Wad Melor...katil No 1

2 comments

Fuhhh...lega rasanya dapat keluar dari hospital....pada mulanya aku nak dapatkan temujanji ngan doktor aje....tapi dalam hati, aku dapat rasa aku mesti kena tahan wad...coz aku rasa badan aku lemah dan mengeletar saja...tanda-tanda anemia (kurang darah) rasa cam hanyut dan pening-pening lalat...masa mustakim p hantar kat Pudu aku rasa macam nak pitam...tapi aku gagahkan kaki melangkah naik bas....dalam bas aku tidur aje..
Keesokan harinya pagi-pagi lagi aku dah pi klinik ngan kakakku yg mmg bekerja kat spital..selepas ambil darah...dortor dapati hb darahku hanya 7.9 berbanding hb normal iaitu 11 ke atas....so kena masuk wad la jawabnya...aku rasa cam nak nangis bila Dr suruh masuk wad coz ni dah masuk kali ketiga aku masuk wad...boring tuhan ajer tahu...yg aku paling malu time kena naik kerusi roda dan ditolak oleh nurse....ntah kenapa aku malu sangat...aku minta nak berjln sendiri dia x bagi...Aku call ler Mustakim bg tau aku masuk wad...apalagi kelam kelibut la awang ni bersiap nak ke Hospital Kemaman..
aku ditempatkan di wad melor..no katil 1....wad tu adalah wad bersalin tapi yg keguguran dan kandungan bermasalah pun ada gak....aku dalam kategori sakit puan la kot..yg buat aku malu....ramai yg tanya dah berapa bulan?....aku pun citer la aku bukannya ngandung..tapi disebabkan penyakit aku yg kini masih dalam siasatan..
Petangnya Dr buat pemeriksaan dan dapati aku pucat dan cadangkan supaya dimasukkan darah...jika x mau aku kena duk spital 2 minggu...2 minggu bkn nya sekejap rasa cam 2 tahun...so aku ambil keputusan masuk darah....lagipun dulu aku dah pernah masuk sekali.Ramai jg yg takut nak masuk darah ni,tp aku terpaksa la coz kalu aku x masuk darah memang aku tak larat ...ttg kebarangkalian kesannya aku serah pada tuhan aje....Pukul 6 lebih mak aku,kakak,abang ipar dan 6 orag sepupuku datang melawat.Mustakim x sampai lg sehingga waktu melawat tamat...aku ingat dia x leh masuk dah..tup..tup pukul 7 lebih terjonggol kepalanya...hilang rasa rindu.
Sepanjang aku duk spital setiap 1 jam ada saja org sakit nak bersalin....seram sejuk aku dibuatnya....pasal makanan tak yah nak cerita la...langsung tak ada yg berkenan ngan selera...tp nasib baik la kakak aku dan Mustakim selalu mai hantar makanan kat aku... tapi nurse2 kat situ baik-baik belaka...syabas diucapkan coz dapat menjalankan tugas dgn jayanya....2 hb ogos ni aku akan kembali ke hospital kemaman tuk menjalani rawatan susulan ngan pakar...doakan aku tak ada apa-apa K.









Pautan

Posting Terdahulu

Arkib

ATOM 0.3

Powered by Blogger

Innovation delivered



bukan sekadar jiwang... is powered by Blogspot
Original design by Gecko & Fly modified by AQPtech
No part of the content or the blog may be reproduced without prior written permission.