ubat cacing
Published Tuesday, December 12, 2006 by Mustakim Noranita | E-mail this post
Satu pagi di sebuah sekolah rendah, seorang guru yang begitu dedikasi mengajar anak-anak muridnya tentang betapa bahaya meminum minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan kelas pada hari itu, dia telah mengambil 2 ekor cacing hidup sebagai sampel dan 2 gelas minuman yang masing-masing berisi dengan air mineral dan arak.
Kata guru itu;
"Cuba perhatikan murid-murid... Lihat bagaimana saya akan masukkan cacing ini ke dalam gelas. Tengok betul-betul!! Cacing yang di sebelah kanan, akan saya masukkan ke dalam air mineral.... manakala cacing yang di sebelah kiri saya akan masukkan ke dalam arak..."
Semua mata tertumpu kepada kedua-dua ekor cacing tersebut.
Seperti yang telah dijangka, cacing yang berada di dalam gelas yang berisi air mineral, berenang-renang ke dasar gelas. Manakala cacing yang berada di dalam arak menggeletek, lalu mati.
Si guru tersenyum lebar apabila melihat anak-anak muridnya memberikan sepenuh tumpuan kepada ujikaji tersebut.
"Baiklah murid-murid.... apa yang kamu dapat belajar daripada ujikaji yang cikgu tunjukkan sebentar tadi?"
Dengan penuh yakin anak-anak muridnya menjawab,
"Untuk membunuh cacing di dalam perut...MINUMLAH ARAK!!!"
0 Responses to “ubat cacing”
Leave a Reply