Penyamun tarbus
Published Tuesday, August 08, 2006 by Mustakim Noranita | E-mail this post
Masa kami balik Tganu bebaru ni rumah sewa kami dah kena pecah masuk. Kami balik seminggu, jadi tak tau bila penyamun tu masuk. Pada hari kami nak balik KL (Ahad) dalam kul 2 petang gitu tuan umah sewa kol bagitau umah kena pecah masuk. Dia tau penyamun masuk sebab ari tu ada orang datang bersihkan halaman umah kami. Tukang bersih tu la yang nampak dan dia pulak yang repot kat makcik tuan umah. Mak Cik tu repot kat aku, aku lak repot kat polis lerr...
Rupanya dia masuk ikut tingkap sebelah bilik tidur kami. Telitinya penyamun ni ialah semua kesan-kesan pecah umah tu dia clearkan. Macam cermin tingkap yang pecah ke atau yang dia bukak pun dia bawa p sekali. Dia sempat gak sapu duit syiling yang aku simpan dalam almari. Pastu 5 lai baju kemeja aku dia sebat. Baju buruk pun dia sebat daa....
Nasib baik dia tak dapat bukak pintu depan, kalu tak boleh sewa lori mai angkut semua. Tp bukan rumah aku ja yang kena. Masa kami balik kg (menurut cerita tuan umah) rumah sebelah kami pun kena pecah masuk juga. Pastu ada pulak sorang mamat yang parking keta kat tepi jalan, esok pagi mai tengok 4 bijik taya dah hilang.
Kira kawasan umah kami ni banyak juga mat pit. Polis pun buat rondaan kat jalan utama ja. Lorong2 dia tak masuk.
So sekarang ni umah kena tingkatkan keselamatan. Nak balik kena panggil sepupu mai tunggu umah. Tapi kalu nak raya.... sepupu aku pun nak balik kg juga.... uwaaarrrgh.
Dah nama pun penyamum. Semua ilmu dia belajaq... Nasib baik yang anak2 dia tak samun sekali....