XPDC ke Gua Niah

0 comments



Ahad, 12 Okt 2008 aku dengan beberapa member melakukan xpdc ke gua niah. Perjalanan dari maktab ke Niah mengambil masa lebih sejam.

lagi dua bulan kpli akan akbis tapi tak pi jalan memane lagi. so kitaorang dah nekad kali ni mesti pergi.

XPDC ni agak mencabar, maklumlah dah lama tak mendaki kan. nak kene panjat2 bukit ni memerlukan stamina yang mencukupi baru leh sampai ke garisan akhir.
Inilah beberapa keping gambar untuk tatapan semua.





Ahlan wa sahlan ya Ramadan..

0 comments

Salam,

Selamat menjalani ibadah puasa. Semoga Ramadan ini lebih beerti.





Kongsikan Ramadan Mu

0 comments

Asyik bicara soal bisnes je, apa kata bulan Ramadan ni kita tukar tajuk sket.

Ramadhan – sebuah isolasi dan penyendirian? Atau satu peluang pemasaran Islam?
Memang Ramadhan adalah bulan bekalan untuk warga Mukmin.
Dalam sebuah masyarakat pelbagai budaya dan agama kerana keragaman kaumnya, di mana Ramadhan?
Adakah masyarakat di luar sana tahu keindahan Ramadhan? Sahur, udara segar dengan oksigen yang paling tepu, bangun awal untuk minda dan jasmani sihat. Puasa, pembakaran lemak-lemak dan pelepasan semula kolestrol yang terperangkap. Kurma untuk berbuka, kandungan vitamin dan mineral yang kaya, serta kemampuannya memberikan tenaga segera dan khasiat semula jadinya yang begitu tinggi – semuanya bukan kebetulan melainkan ciri-ciri kehebatan Ramadhan itu sendiri.
Kita mukmin menjadi lebih prihatin, di bulan yang memang satu dari kesan asuhannya adalah mengambil berat tentang orang lain.
Bolehkah kita hulurkan semangkuk kuih atau gulai atau lauk kepada jiran bukan Islam kita? Mereka bertanya dalam hati, kenapa? Kerana kita berpuasa dan kita dengan sendirinya menjadi prihatin, pemurah dan baik hati. Bukan nilai ringgitnya tetapi nilai ingatan sebuah keluarga Islam untuk tetangganya kerana memuliakan Ramadhan.
Bolehkan kita belikan Al Qur’an terjemahan dalam bahasa yang paling selesa untuk mereka dan hadiahkan kepada rakan kita bukan Islam? Kenapa? Kerana Ramadhan adalah bulan Al Qur’an.
Bolehkan kita berikan risalah tentang Ramadhan, puasa dan Islam untuk mereka? Kenapa? Kerana Islam yang indah ini tidak layak disekat dari dikongsi dengan Hamba Allah yang belum mengenalinya.
Bolehkah kita mengajak mereka berbuka bersama? Kenapa? Biarkan ruh dan semangat Ramadhan sedikit sebanyak menyentuh hati mereka.
Satu dari kelebihan Ramadhan kepada kesihatan badan adalah seperti dipetik di bawah;

Due to the lack of incoming energy, the body must turn to its own resources, a function called autolysis. (2) Autolysis is the breaking down of fat stores in the body in order to produce energy. The liver is in charge of converting the fats into a chemical called a ketone body, "the metabolic substances acetoacetic acid and beta-hydroxybutyric acid" (3), and then distributing these bodies throughout the body via the blood stream. "When this fat utilization occurs, free fatty acids are released into the blood stream and are used by the liver for energy." (3) The less one eats, the more the body turns to these stored fats and creates these ketone bodies, the accumulation of which is referred to as ketosis. (4)
Detoxification is the foremost argument presented by advocates of fasting. "Detoxification is a normal body process of eliminating or neutralizing toxins through the colon, liver, kidneys, lungs, lymph glands, and skin." (5). This process is precipitated by fasting because when food is no longer entering the body, the body turns to fat reserves for energy.

Mengenai kurma atau tamar pula;

They are rich in minerals such as calcium, iron and potassium, and full of vitamins like vitamin A, B and C, they are also Cholesterol free.
Dates are used to cure lots of digestive illnesses; they are good for fighting constipation and heart-burns. They are also a great cancer fighter.
The phosphorus in Dates helps keep the mind awake and working.
The sugar in Dates gives the body all the energy it needs to keep going, and at the same time, these sugars are easily digested and absorbed by the body, so the stomach doesn’t need so many complicated procedures to break them down and make use of them.

'SELAMAT BERPUASA'

(Dipetik daripada weblog Datuk Paduka Husam Musa)
(http://cetusan-hati.blogspot.com/)





Jadi Cikgu pulok..

0 comments

Sekarang ni aku sedang mengikuti kursus perguruan lepasan ijazah di maktab Miri. lagi beberapa bulan lagi kursus ini akan tamat. semoga aku berjaya menempuh cabaran tempoh berkursus.

La ni tengah praktikum kat Sek Keb Lepong Ajai dalam kawasan Bakong, Miri. kira kawasan pedalaman juga. Line tipon pun payah nak dapat. Tipon kene letak kat tepi dinding, kalu gerak henpon tu sket tak dapat line la jawabnya.

Sek tempat aku praktikum tu adalah sekolah Anak-anak dari kaum Iban. Jarak dengan maktab adalah hampir 45 minit kalu nek keta. Daerah Miri ni macam satu negeri la kalu kat semenanjung. Tempat aku ngajaq tu plak mcm kat Baling la kalu dok kat kedah. Gambar tu adalah sebahagian murid kelas yang ku ngajaq.





Dirantai Digelangi Rindu

0 comments

Syahdu malam berlagu sepi
Mengiring rawan dalam taman hati
Gelisah menanti kau kembali
Manja menagih bujukan di sisi

Kerana desakan cintaku
Dirantai digelangi rindu
Sehinggakan diri sanggup mengalah kepadamu

Dosamu ku anggapkan debu
Bisa diterbang angin yang lalu
Ku sedia memaafkan mu
Biar aku berparut seribu
Agar sembuh lukamu
Pahitku rasa madu

Pulanglah oh kasihku
Ku rayu kepadamu
Janganlah diturutkan mainan perasaan mu

Serikanlah duniaku yang semakin tandus dan gersang
Dengan belaian senda gurauan mu
Duhai sayang
Oh pulanglah





Abang telah selamat sampai

0 comments

Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di
KL. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik
hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk
menghantar e-mail kepada isterinya. Malangnya,
dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan
tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus
menghantar e-mail tersebut.

>>>

Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda
baru sampai ke rumahnya selepas pulang
daripada majlis pengebumian suaminya. Janda
tersebut mengambil keputusan untuk menyemak
e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej
daripada saudara-mara dan teman-temannya.
Selepas membaca e-mail pertama itu si janda
tersebut pun pengsan. Anak lelaki janda tersebut
pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati
ibunya terlentang di lantai dan dia pun membaca
mesej di dalam skrin komputer:

To : Isteri kesayanganku

Subject : Abang telah selamat sampai

Date : 16 May 2002

Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan
kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan
komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh
menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja
terutama insan kesayangan kita. Abang telah
selamat sampai dan telah menginap dengan
aman di sini. Abang lihat semuanya telah di
sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari
esok. Semoga berjumpa denganmu nanti,
Sayang. Abang harap perjalananmu ke sini nanti
lebih bermakna seperti apa yang telah Abang
lalui ketika ini.

Iktibar : Jangan salah tulis alamat e-mail ya..!!!





ubat cacing

0 comments

Satu pagi di sebuah sekolah rendah, seorang guru yang begitu dedikasi mengajar anak-anak muridnya tentang betapa bahaya meminum minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan kelas pada hari itu, dia telah mengambil 2 ekor cacing hidup sebagai sampel dan 2 gelas minuman yang masing-masing berisi dengan air mineral dan arak.

Kata guru itu;

"Cuba perhatikan murid-murid... Lihat bagaimana saya akan masukkan cacing ini ke dalam gelas. Tengok betul-betul!! Cacing yang di sebelah kanan, akan saya masukkan ke dalam air mineral.... manakala cacing yang di sebelah kiri saya akan masukkan ke dalam arak..."

Semua mata tertumpu kepada kedua-dua ekor cacing tersebut.

Seperti yang telah dijangka, cacing yang berada di dalam gelas yang berisi air mineral, berenang-renang ke dasar gelas. Manakala cacing yang berada di dalam arak menggeletek, lalu mati.

Si guru tersenyum lebar apabila melihat anak-anak muridnya memberikan sepenuh tumpuan kepada ujikaji tersebut.

"Baiklah murid-murid.... apa yang kamu dapat belajar daripada ujikaji yang cikgu tunjukkan sebentar tadi?"

Dengan penuh yakin anak-anak muridnya menjawab,

"Untuk membunuh cacing di dalam perut...MINUMLAH ARAK!!!"





kenapa org kawin

0 comments

Udin baru berusia 4 tahun. Dia tahu yang minggu depan kakaknya yang sulung akan berkahwin.

"Kakak...kenapa akak mesti kahwin?" Tanya Udin petah.

"Nanti Udin dah besar, Udin tau sendiri la...", jawab Kakak Udin.

Nyata Udin tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut.

Esoknya seperti biasa, Udin akan bertandang ke rumah Harun dan Karim apabila balik dari kelas mengaji Quran. Harun dan Karim merupakan sahabat baik dan mereka menyewa sebuah rumah berhampiran dengan rumah keluarga Udin. Mungkin kerana sama-sama masih teruna, Udin selesa duduk melepak di rumah Harun dan Karim walaupun umur mereka jauh berbeza.

Semasa Udin sampai ke rumah bujang tersebut, Harun dan Karim sedang asyik menonton cerita kegilaan mereka, CSI-Vegas.

"Harun, kau tolong garu belakang aku! Aduh, gatalnya!" Pinta Karim.

"Ah, tak kuasa aku! Tulah! Aku suruh kahwin kau tak nak. Kalau tak, boleh gak bini kau tolong garu belakang." Balas Harun pula.

Udin tiba-tiba berasa amat gembira. Kini dia sudah dapat jawapannya.

"Kakak! Saya dah tahu sebab apa kakak kahwin!" Kata Udin dengan girang.

"Sebab apa?" Tanya Kakak Udin.

"Sebab gatal belakang!" Jawab Udin yakin.

Bapa mereka yang terdengar perbualan Udin dengan kakaknya itu menyampuk,

"Salah nak...sebenarnya gatal depan...."





jam dinding

0 comments

Ada sekali tu seorang Ketua Kampung Orang Asli telah dihadiahkan dengan sebuah jam dinding.
Jam itu dihadiahkan oleh pihak angkatan tentera kerana menolong mereka dalam satu operasi sulit. Jam dinding itu digantung di depan pintu rumah ketua Kampung tersebut.

Ketua Kampung berasa amat bangga apabila anak buahnya dan orang-orang kampung berhampiran datang berduyun semata-mata untuk melihat jam dinding itu. Masyarakat asli menanggap jam yang bergantung itu sebagai barang hiasan kerana mereka pada masa tu tidak tahu bagaimana menggunakan jam untuk melihat waktu.

Suatu hari, anak Ketua Kampung tersebut memberitahunya bahawa jarum jam telah berhenti bergerak. Masa tu punyalah ramai anak buah dia kat halaman rumah sedang melihat jam yang tidak bergerak jarumnya itu. Maka ketua kampung tu pun konon nak tunjuk terror lah lalu dia pun menurunkan jam tersebut dari tempatnya dan membelek-belek jam tersebut depan belakang.

Dia ternampak tempat bateri jam tersebut dan dengan tidak sengaja terkuis bateri itu terkeluar dari tempatnya. Entah macam mana ada pulak bangkai seekor lipas di celah-celah tempat bateri tu.

Dia pun dengan bangganya memberitahu kepada anak-anak buahnya,


"Ooooo...patutlah tak jalan. Drebarnya mati tersepit!!!"





WAD

0 comments

Ada sorang makcik kelantan nih, dia mai HKL nak carik sedara dia eksiden. Sampai kat
HKL dia tanya la kat sorang nurse kat situ... dalam loghat kelantan la.

"nak tupe tanyo, mana dio wad kecemase"

Nurse tu selamba jer jawab....

"wad kencing masam takde... wad kencing manis ader lar..."





DIALOG AYAM NGAN LEMBU

0 comments

Ayam : Manusia nie memang pentingkan diri sendiri!
Lembu : Kenapa kau kata camtu?
Ayam : Tengoklah... apa mereka buat kat aku!
Lembu : Hah! buat apa pulak?
Ayam : Aku nie bertelur hari2. Aku cadang naklah dapat anak dua tiga ekor.Orang kata ada jugak waris aku bila aku dah takde nanti. Tapi, manusia Nie memang tak berhati perut. Hari-hari diorg makan telur aku, macamana aku nak dapat anak!

Lembu : Alah! kau punyer masalah kecik aje!
Ayam : ?? maksud kamu???
Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagik malang... Rasa nak bunuh diri pun
ada. Bayangkan,hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang pun tak
pernah panggil aku MAK!
Ayam : ?? (Dalam hati : tak boleh pakai punyer lembu!)









Pautan

Posting Terdahulu

Arkib

ATOM 0.3

Powered by Blogger

Innovation delivered



bukan sekadar jiwang... is powered by Blogspot
Original design by Gecko & Fly modified by AQPtech
No part of the content or the blog may be reproduced without prior written permission.